Pages

Sunday, February 20, 2011

ANDA KENA SABAR MEMBACA KISAH DIBAWAH NI.

AKU, LIM & ISLAM

finding%20nemo : semua benda kita buat dengan penuh suka akan menjadi mudah dan semua benda kita buat dengan penuh menyampah akan jadi susah.

Aku, Lim dan Islam..Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.


Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul  tak? . Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

MENGUAP MENURUT ISLAM



Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda
bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci
orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia
mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang
mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '. Adapun menguap itu adalah
daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu
menguap, syaitan akan mentertawakannyaâ€. (Hadith Riwayat Bukhari)


Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.
a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia
meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan
masuk (melalui mulut yang terbukaâ€. Riwayat Imam Muslim

Wednesday, January 19, 2011

JOm buat Laksam..:..

Ha..aku nak ajar buat laksam plak pada anda smua.. Pelik kan entri kali ni.. ajar mask plak..
Saje nak kngsi hidangan yg sgt la best ni.. Kat pantai timur mmg femes..


NyuM! Nyum!!
 Sedikit pengenalan pasal laksam


Laksam merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.
Kuah
  1. 300 gm isi ikan
  2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
  3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
  4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  5. 1 batang serai (dikisar)
  6. Sedikit halia (dikisar)
  7. 2 kiub pati ayam
  8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
  9. Sedikit lada hitam
Laksam
  1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung ubi
  3. 2-3 cawan air
  4. sedikit garam
Cadangan Hidangan
Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.

**Bg yg asyik duk beli je.. cuba try plak buat sndri.. mula2 percubaan buat la skit je.. p aku jamin klu mak aku buat mmg best.. Ngetop!!

Sunday, January 2, 2011

Perlu ke seorang lelaki menangis...

OH aku tetiba menangis..xtau sbb utama kenapa.. Akan aku fikr kan apakah sebab aku menangis malam ini..

Wednesday, November 24, 2010

Selangkah Ke Syurga

Ini la tajuk cerita yg disiarkan di TV9 pada hari khamis bersempena hari raya aidiladha.
Kenapa tergerak bagi aku nak menghurai kan jalan cerita ini adalah untuk memberi iktibar melalui jalan cerita yg bagi aku menyentuh hati sebagai seorang anak dan sebgai muslim.
 
Cerita ni dilakonkan oleh jalil hamid sebagai bapa, watie bekas ahli kmpulan elit dahulu sbgai anak dan ada sorng lagi pelakon lelaki aku pun xingat nama nya, tapi femes jgk la.
Kisah satu keluarga yang mana si jalil hamid sbgai bapa mmpunyai dua org anak iaitu lelaki dan perempuan dan isteri si bapa ni dah meninggal dunia.
Semasa membesar kan kedua anak nya pasangan ini telah bnyak berkorban dari segi harta kerana anak2 mereka melanjutkan pelajaran di university. Mereka rela mngorban kan segala harta bagi memenuhi keperluan sepanjang pelajaran anak nya sehingga Berjaya.
Dan selesai pengajian, kedua2 anak nya telah bekerja dengan jawatan yang agak bgus di bndar dan masing2 mmpunyai kelurga sendri.
Dan melihat kedua2 anak nya telah Berjaya si bapa hanya tinggal bersendirian di kmpung dan mngusahakan tanah dengan menanam pisang. Hasil berkebun dia mnyimpan duit dan menanam impian utk ke tanah suci untuk mngerjakan haji.
Sikap anak beliau yg jarang pulang ataupun mengirim kan wang tidak lngsung mmbuatkan hati bapa terasa kerana baginya mgkin anak2 nya sbuk dan yg pnting kedua2 anak nya bhgia.
Masalah bermula apabila anak nya ditimpa musibah. Yang si lelaki syarikatnya nak muflis kerana di tipu manakala suami anak perempuan nya pula ditangkap polis kerana menagih dadah dan lagi teruk si anak perempuan ni diberhentikan kerja.
Sejak dari musibah ni si Anak lelaki pun selalu pulang ke kmpng berjumpa ayah nya utk meminta wang yg bnyak. Oleh kerana syg nya bapa pda anak nya si bapa snggup mengeluarkan duit simpanan utk ke mekah kpda anak nya.
Duit2 dari tabungan si bapa adalah dari hasil kebun pisang yang di usahakan.
Pada satu pagi semasa di bndar si bapa telah brjmpa peminta sedekah yg kelaparan dan dengan ikhlas dia telah mmberi mkanan yg kebetulan pada msa itu di tangannya ade sebngkus nasi, yang hairan nya slepas dia mmberi bngkusan mknan itu dan si bapa ni berlalu tiba2 si peminta sdkah itu hilang dlam skelip mata.. si bapa ni pulang dengan kehairanan.

Berbalik pada anak2 beliau, Bukan sekali anak nya meminta duit, tapi bnyak kali. Pulang ke kmpg hnya utk dpat kan wang dan bukan kerana ingin melihat ayah nya yang semakin uzur. Sedangkan si bapa berniat utk menunaikan haji dengan duit simpanan nya.
Dan pada satu hari kedua2 adik beradik ini pulang utk memujuk si bapa mnjual kan tanah atau pun menukar nama tanah kepda nama mereka. Alasan mereka ialah “kalu ayah mati kat sana (mekah) mcm mane dengan tanah kat kmpung”. Masa tu si bapa amat terguris dengan kata2 anak nya. Nak nya ayah mati cepat utk dpat kan harta… Ish2
Oleh kerana syg dan tidak mahu melihat anak nya susah si bapa telah menukar nama bagi tanah2 yg dimiliki. Dan kerana duit dlam simpanan tabung haji tidak mncukupi si bapa telah membatal kan niat utk menunaikan haji pada tahun itu dan niat nya ingin mngumpul kan kmbali duit bagi menunaikan pada tahun hadapan.
Pada satu malam si bapa mencuba pakaian ihram di depan cermin dan pada msa ni mata nya berkaca (nak menangis) kerana niat nya utk ke tanah suci tidak kesampaian walaupun smua persiapan dah di buat termsuk lah mngikuti kursus haji.

Pada malam tersebut selesai mncuba pakaian ihram si bapa tido dengan lena nya dan pada malam itu juga tuhan telah mngambil rohnya (meninggal dunia) dalam keadaan tidur. (masa ni part sedih)
Yang lagi menyentuh hati penonton ialah apabila anak saudaranya si arwah telah berjmpa dengan bapa saudaranya semasa mngerjakan haji pada hari kematian beliau walapun pada msa itu bapa saudara nya sudah mninggal dunia pada ketika itu (masa ni anak saudara xtau pun yg pak sdara nya dan mninggal).
Bila anak2 yg senang lenang di bndar itu mndpat penggilan dari kmpg yg mengatakan bapa mereka sudah tiada baru la menangis teresak2..msa ni mmg xde guna nya lagi.

Pengajarannya
1. Bagi anak2 hargai la ibu bapa selagi mereka ada di muka bumi ini.
2. Jangan la derhaka pada org tua.Jaga hati mereka.
3. Harta di dunia xkekal lama yg kekal adlah disana (syurga)
4. Niat yg ikhlas pada agamaNya insyallah ada ganjaran pahal di sisiNya wlaupun kita tidak mmpu utk 
     tunai kan nya (cntoh dalam cerita  ni)
p/s: sob..sob..:-(

Tuesday, November 23, 2010

Bila air mata Adam tumpah.

 





 Lelaki menangis?? Ishhh manja nya. Xmacho! Itu mngkin anggapan kebnyakan wanita.Tidak kurang juga yg beranggapan itu air mata “buaya” hnya untuk bersandiwara, berlakon, menagih simpati k.aum hawa atau juga mmg manja

Pernah dengar pepatah yg mengatakan air mata 
senjata utama bagi wanita. Memang di akui mmg
berkesan jika wanita mnangis sebagi cntoh seorng
isteri menangis untuk mendapat kan sesuatu dari suami
. Mmg lelaki ni mmg mngalah klu org yg di sayangi menangis di depan..huhu


Tapi jika situasi lelaki mengalirkan air mata, pasti timbul pelbagai persoalan dan biasa nya keihklasan menjadi tnda tnya kerana mmg di ketahui ramai lelaki yg normal tidak akan mudah mngalirkan air mata kerana ego seorng lelaki.

Mengikut tinjauan wartawan ruangan RATU akhbar berita harian Wanita lebih mengagumi jejaka kental hati nya dan tidak mudah mengalirkan air mata di khalayak ramai dengan kata lain wanita lebih suka lelaki yg berupaya menyembunyikan emosi.
Namun ada situasi wanita lebih senang melihat lelaki dalam situasi sebenar seperti kematian org terdekat, saat bahagia seperti manyambut kelahiran anak pertama atau menghadapi situasi putus cinta. 

Bagi segelintir wanita keikhlasan semasa situasi lelaki mngalirkan air mata dibaca melalui bahasa tubuh, ketika bercakap dan redup matanya. Tapi bagaimana menilai situasi di mana mengalirkan air mata hnya utk berlakon semata2. Hanya mereka yg pernah mengalami nya thu bgaimana.



Sunday, November 14, 2010

Ideal Husband